comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit rekod paras terendah baharu berbanding dolar Singapura, RM3.556

KUALA LUMPUR: Ringgit merekod paras terendah baharu dalam sejarah berbanding dolar Singapura apabila susut kepada 3.5560 pada sekitar jam 3 petang ini, mengatasi paras terendah sebelum ini iaitu 3.5538 yang catat pada 15 Februari lalu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata situasi kelemahan ringgit berbanding dolar Singapura mungkin ada kaitan dengan mata wang China, yuan.

Beliau berkata, semalam, bank pusat China, PBOC telah mengekalkan kadar Kemudahan Pinjaman Jangka Sederhana (MLF) satu tahun pada kadar 2.50 peratus.

Katanya, perkara itu menunjukkan bahawa pihak PBOC enggan menurunkan kadar faedah meskipun China berdepan risiko deflasi yang mana angka Indeks Harga Pengguna (IHP) telah menguncup sebanyak 0.8 peratus pada Januari dan ia adalah pertumbuhan negatif bagi bulan yang keempat.

Tambahnya, ia juga disumbang oleh pihak Rizab Persekutan Amerika Syarikat (Fed AS) yang masih mengekalkan kasar faedah mereka yang tinggi dan pengekalan kadar faedah oleh pihak PBOC seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai kekangan untuk mengurangkan kadar faedah kerana ia boleh melemahkan lagi mata wang renminbi.

“Memandangkan ringgit berkolerasi yang agak tinggi dengan mata wang China iaitu sekitar 74.5 peratus, maka penurunan yuan memberi kesan langsung kepada ringgit.

“Mata wang Singapura pula sememangnya berkadar langsung dengan dolar AS yang pengukuhan mata wang AS akan bergerak seiring dengan pengukuhan mata wang Singapura,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini