comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit susut pada sesi awal selepas data AS kukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran kurang memberangsangkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat dengan sentimen lebih berpihak kepada unit negara maju itu berikutan jangkaan naratif kadar faedah yang lebih tinggi dan berpanjangan terus ketara.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.6420/6480 berbanding dolar AS daripada 4.6330/6370, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harapan untuk melihat penurunan kadar faedah dalam masa terdekat semakin sukar selepas laporan Perubahan Pekerjaan ADP menunjukkan pasaran buruh AS terus kekal berdaya tahan dengan jumlah pekerjaan diwujudkan di sektor swasta meningkat sebanyak 164,000 pada Disember berbanding jangkaan pasaran sebanyak 115,000.

Jumlah tuntutan awal pengangguran AS pula turun kepada 202,000 minggu lepas daripada 220,000 sebelum ini.

Data-data itu hanya meningkatkan lagi nota Perbendaharaan dua dan 10 tahun AS yang menokok masing-masing enam dan lapan mata asas untuk ditutup pada 4.38 peratus dan 4.00 peratus.

“Berikutan itu, ringgit diunjur kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS sekitar 4.63 hingga 4.64 susulan hasrat peserta pasaran menunggu pengumuman laporan penggajian dan kadar pengangguran terkini pada malam ini,” katanya kepada BERNAMA.

Loading...
Terkini