comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit terus catat momentum meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi hari ini berbanding dolar AS dalam persekitaran data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang rendah, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6960/7020 berbanding dolar AS daripada 4.7005/7030 pada Selasa.

Laporan terkini Jobs Opening and Labour Turnover Survey (JOLTS) menunjukkan permintaan untuk tenaga kerja menurun. Kekosongan pekerjaan pada April merosot kepada 8.059 juta daripada 8.355 juta pada bulan sebelumnya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data pasaran buruh terkini akan memberikan sebab kepada Rizab Persekutuan (Fed) untuk menghentikan seketika (kenaikan kadar faedah) dan mungkin mengubah pendirian monetarinya ke arah penyesuaian dasar untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

“Pada asasnya, terdapat banyak bukti bahawa tumpuan Fed perlu beralih kepada mandatnya yang lain; iaitu mencapai guna tenaga maksimum.

“Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah 105 mata untuk empat hari berturut-turut,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Mohd Afzanizam menjangka ringgit akan terus disokong dengan baik dan boleh berada di bawah paras RM4.70.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini