comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa ditutup hari ini berikutan pandangan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell mengenai kadar faedah.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7050/7075 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 semasa ditutup pada Selasa.

Powell pada Selasa membayangkan keputusan kadar faedah bank pusat AS yang seterusnya tidak mungkin kepada kenaikan selepas pengumuman Indeks Harga Pengeluar AS yang lebih tinggi berbanding jangkaan pada April, iaitu peningkatan 2.2 peratus tahun ke tahun.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang serantau turut memperlihatkan trend sama apabila terus meningkat berbanding dolar AS.

“Walaupun tempoh penurunan kadar kekal menjadi perbincangan terbuka, sekurang-kurangnya kita boleh mengelak kenaikan kadar oleh Fed.

“Persoalannya adalah berapa lama Fed akan mengekalkan pendirian monetarinya yang terhad, dan sama ada ia akan berjaya membawa kadar inflasi ke arah sasaran dua peratus,” katanya kepada Bernama.

Pasaran kemudiannya akan memantau pengumuman Indeks Harga Pengguna AS malam ini dan data ekonomi Malaysia pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini