
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan ia terus mengalami pembetulan teknikal selepas meningkat dalam tempoh tiga hari yang lepas, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6800/6860 berbanding dolar AS 4.6675/6725 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat agak ketara pada Isnin berikutan laporan pekerjaan terkini Amerika Syarikat (AS).
Beliau menjangkakan pasaran berkemungkinan akan menilai semula pendirian masa hadapan Rizab Persekutuan AS susulan sasaran menuju inflasi dua peratus mungkin mengambil masa untuk dicapai.
Ini juga termasuk tarikh penting seperti kemungkinan penutupan kerajaan AS pada 17 Nov, katanya.
“Oleh itu, kemungkinan mod menghindari risiko dalam tempoh terdekat juga boleh memacu permintaan yang lebih tinggi untuk dolar AS,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.