comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS dipacu data pengangguran yang rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS dan dibuka lebih tinggi pagi ini apabila permintaan terhadap mata wang tempatan bertambah baik selepas data pengangguran November 2022 yang baharu dikeluarkan membayangkan prospek ekonomi yang positif, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3630/3680 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.3700/3725.

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran negara menunjukkan trend menurun dengan 600,900 orang menganggur pada November 2022 berbanding 602,000 pada Oktober 2022.

Selain itu, jabatan itu turut menambah jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berkembang 13.9 peratus tahun ke tahun kepada RM133.9 bilion pada November 2022, terutamanya dirangsang oleh pertumbuhan dalam subsektor perdagangan runcit.

Sektor pembuatan juga meneruskan pertumbuhan dua angka untuk merekodkan jualan RM159.2 bilion pada November 2022, peningkatan sebanyak 11.8 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, indeks pengeluaran perindustrian meningkat sebanyak 4.8 peratus pada November 2022 berbanding 4.6 peratus pada bulan sebelumnya, disokong oleh pengembangan dalam sektor perlombongan, pembuatan dan elektrik. – BERNAMA

Loading...
Terkini