comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit terus meningkat, kembali ke paras RM4.70

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah yang membantu mengurangkan kebimbangan selepas data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan langkah berkaitan kadar faedah yang seterusnya oleh bank pusat AS dijangka tidak mencatatkan kenaikan, menggambarkan bacaan sebagai lebih bercampur-campur berdasarkan data sebelumnya yang telah disemak lebih rendah.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.7070/7115 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran forex dilihat tidak begitu terkesan dengan IHPR AS yang lebih tinggi daripada jangkaan, yang mencatatkan 0.5 peratus bulan ke bulan pada April berbanding anggaran konsensus sebanyak 0.3 peratus.

“Peserta pasaran memberi perhatian kepada kenyataan pengerusi Fed mengenai inflasi pada acara yang dianjurkan oleh Foreign Bankers’ Association di Amsterdam.

“Beliau menekankan dasar monetari semasa adalah terhad oleh semua langkah dan trend disinflasi perlu berterusan dan bergerak ke arah matlamat 2.0 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.19 peratus kepada 105.017 mata manakala hasil Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun, masing-masing merosot 4.0 mata asas dan 3.0 mata asas kepada 4.81 peratus dan 4.45 peratus.

“Oleh itu, ringgit mungkin mendapat sokongan yang baik berikutan kemungkinan kenaikan kadar AS agak tipis,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini