Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit teruskan kenaikan tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini dengan meneruskan kenaikan yang tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peningkatan kadar faedah AS yang dihentikan seketika terus meningkatkan sentimen, kata penganalisis.

Selera risiko semakin baik selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS dan beberapa bank pusat utama mengekalkan kadar faedah tanpa mencatat perubahan pada minggu ini.

Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7265/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7485/7525 sewaktu ditutup semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran kewangan menyambut baik langkah Fed untuk mengekalkan kadar faedah apabila peniaga menjangkakan Fed akan menamatkan kitaran kenaikan kadarnya.

“Malah, menjelang (pengeluaran) data senarai gaji bukan ladang AS (lewat hari ini), ringgit lebih kukuh memandangkan pengeksport tempatan meramalkan hasil perbendaharaan AS telah memuncak, yang menyebabkan kurangnya tekanan kepada mata wang tempatan. Oleh itu, pada masa ini mereka menjual dolar AS pada kadar keuntungan yang besar,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Loading...
Terkini