comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Saham jatuh mendadak, Bursa Malaysia gantung jualan singkat tiga syarikat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bertindak menggantung jualan singkat saham-saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), Jentayu Sustainable Bhd (JSB) dan APB Resource Bhd bagi urus niaga jualan singkat harian (IDSS) seterusnya pada Rabu.

Penggantungan itu dilakukan selepas harga akhir saham ketiga-tiga syarikat berkenaan jatuh melebihi 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Tindakan itu juga menyusuli penggantungan IDSS bagi SCIB yang dilakukan semalam.

“Jualan singkat di bawah IDSS itu akan hanya diaktifkan pada hari dagangan berikutnya iaitu jam 8.30 pagi pada 18 Januari 2023,” kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Pada rehat tengah hari, saham-saham SCIB susut 30 sen kepada 53.5 sen dengan sejumlah 199.4 juta saham diniagakan, manakala APB Resources jatuh 41 sen kepada RM2.08 dengan 913,400 saham-saham berpindah tangan dan JSB turun 39 sen kepada 91 sen yang menyaksikan 11.67 juta saham didagangkan. – BERNAMA

Loading...
Terkini