comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Saham KJTS bermula cemerlang di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: KJTS Group Bhd (KJTS), penyedia perkhidmatan sokongan bangunan membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 44 sen, premium 62.96 peratus yang memberangsangkan berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 27 sen.

Syarikat itu memperoleh RM58.87 juta daripada IPO itu, dengan sebanyak RM44.92 juta akan digunakannya untuk mengembangkan segmen tenaga penyejuk dan pejabat di Malaysia, Thailand serta Singapura.

Ia akan menggunakan RM8.12 juta lagi untuk modal kerja manakala RM5.83 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan penyenaraian.Pengarah Urusan KTJS, Lee Kok Choon, berkata syarikat menjangkakan permintaan kukuh dalam perkhidmatan pengurusan tenaga berikutan peningkatan kesedaran mengenai aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Sementara itu, dengan lonjakan pusat data di Malaysia, Kok Choon berkata syarikat itu sedang berbincang dengan beberapa pemilik pusat data serta kontraktor yang terlibat dalam projek berkaitan pusat data (DC).

“Kami akan mengumumkan apabila perkara itu berlaku dan kami juga perlu sangat selektif dari segi kebolehpercayaan dan dengan siapa kami berurusan.”Kami juga perlu berhati-hati dengan dana yang kami kumpulkan,” katanya.

Loading...
Terkini