comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Saham MAHB digantung menunggu pengumuman material

KUALA LUMPUR: Dagangan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) digantung dari 9 pagi hingga 5 petang hari ini menunggu satu pengumuman material.

Saham pengendali lapangan terbang itu kali terakhir diniagakan pada RM10.44 dalam dagangan berakhir semalam.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MAHB berkata Bursa Malaysia Securities telah meluluskan permintaannya bagi menggantung dagangan.

Penggantungan saham syarikat itu berlaku ketika laporan terdapat rancangan untuk menjadikan MAHB sebuah syarikat persendirian sedang diusahakan.

Memetik sumber, laporan The Edge Malaysia bulan lalu menyatakan bahawa satu pelan sedang dibuat oleh pemegang saham utama MAHB bagi menjadikannya syarikat persendirian.

Ia berkata, Khazanah Nasional Bhd yang memegang 33.24 peratus kepentingan dalam MAHB dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan 7.04 peratus pegangan, akan memainkan peranan penting dalam usaha itu, yang mana 30 peratus kepentingan dalam MAHB dijangka dipindahkan kepada pelabur infrastruktur, Global Infrastructure Partners (GIP).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini