comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Saham SCIB menjunam hari kedua berturut-turut

KUALA LUMPUR: Saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) menjunam 30 sen atau 35.93 peratus pada sesi pagi Rabu, mencecah had turun (limit down) untuk hari kedua berturut-turut.

Penurunan drastik itu memadamkan semua keuntungan aliran meningkatnya sejak tiga bulan lalu.

Bursa Malaysia semalam yang telah mengeluarkan ‘pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa’ (UMA), didagangkan pada paras terendah dalam sehari pada 53.5 sen setakat pagi ini.

Kaunter saham SCIB merekodkan paras tertinggi 30 bulan pada RM1.19 pada Isnin lalu, sebelum turun mendadak bermula semalam.

Pada sesi pagi ini, SCIB kekal sebagai saham paling aktif di Bursa Malaysia.

Semalam syarikat itu juga mengumumkan kepada Bursa Malaysia ia menerusi anak syarikat milik penuhnya, SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd, meraih kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM97.75 juta daripada Landasan Kapital (M) Sdn Bhd.

SCIB berkata kontrak itu membabitkan pembinaan menyeluruh kediaman penuntut yang baharu Universiti Malaysia Kelantan di Kampus Bachok.

Skop projek itu termasuk membekalkan bahan-bahan, tenaga kerja dan peralatan bagi pelaksanaan kerja-kerja sivil dan penstrukturan, seni bina serta mekanikal.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Ku Chong Hong, berkata kontrak itu merupakan pencapaian yang penting bagi SCIB dan mengukuhkan reputasinya sebagai pemain utama dalam industri EPCC Malaysia.

Pembinaan projek bermula pada 12 Jan, 2024 dan dijangka siap pada 16 November 2025.

Loading...
Terkini