comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

SC, SME Corp jalin kerjasama pembiayaan pasaran modal PMKS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan pasaran modal bagi perusahaan mikro, kecildan sederhana (PMKS).

Dalam satu kenyataan bersama ia berkata, MoU selama tiga tahun itu membuka laluan kepada kerjasama bersama dalam menyediakan saluran PMKS yang bersedia menghadapi pasaran modal, serta meningkatkan kesedaran,kesediaan kemampanan dan tadbir urus korporat mereka.

Di bawah MoU itu, SC dan SME Corp Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan kira- kira 200 PMKS yang bersedia menghadapi pasaran modal menjelang tahun 2026, dan untuk membiasakan kira-kira 300 PKS dengan pendedahan kemampanan dan amalan terbaik tadbir urus korporat.

Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, berkata ia adalah langkah penting oleh SC dan SME Corp Malaysia ke arah menyokong pengembangan dan daya tahan PMKS, yang merupakan enjin utama pertumbuhan ekonomi.

“PMKS adalah tonggak penting dalam ekonomi, menyumbang kira-kira 38% daripada KDNK Malaysia dan 48% daripada jumlah guna tenaga pada 2022.

Mengulas mengenai MoU itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, SME Corp Malaysia dan SC komited untuk memastikan pasaran modal berdaya saing dan bertenaga, sambil akses oleh PMKS dikekal.”Oleh itu, kerjasama ini membuka jalan ke arah kerancakan dan daya saing pasaran modal.

Di bawah MoU itu, kedua-dua SC dan SME Corp juga bersetuju untuk memulakan beberapa inisiatif pembangunan bersama bagi mengukuhkan pandangan pasaran dan analisis data mengenai akses PMKS kepada pasaran modal dan untuk mengembangkan kumpulan pembiayaan pasaran modal untuk PMKS.

MoU itu ditandatangani oleh Awang Adek Hussin dan Rizal dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan SC, Datin Azalina Adham dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaksanaan & Pembangunan) SME Corp, Zaky Moh.

Loading...
Terkini