comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Sektor pembinaan lebih rancak separuh kedua tahun ini

Oleh: Amanda Lopez

PETALING JAYA: Prospek sektor pembinaan lebih rancak separuh kedua tahun ini apabila banyak tender terbuka biasa dan tender prakelayakan terpilih akan diumumkan kerajaan.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan 40 peratus daripada RM90 bilion diperuntuk dalam perbelanjaan pembangunan bajet 2024 masih belum digunakan.

“Satu yang amat aktif adalah industri pembinaan.Kalau industri pembinaan tidak rancak,maka rantaian ratusan syarikat-syarikat terlibat juga tidak boleh berkembang. Oleh itu pengembangan industri pembinaan perlu disegerakan pertengahan tahun ini.”
katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah makan tengah hari berjudul ‘Awaiting Take-Off of Construction Sector’ anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di sini, hari ini.

Tambah beliau, beberapa pakej Lebuhraya Pan Borneo bernilai berbilion ringgit, di mana Jun atau Julai akan memuktamadkan kontraktor untuk pakej ini.

Selain itu, projek pembangunan seperti pembinaan sekolah, hospital, klinik dan jalan raya juga akan dibuka tender tidak lama lagi

Dalam pada itu, terdapat lagi RM90 bilion ringgit nilai projek pembangunan oleh sektor swasta yang akan memacu sektor pembinaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini