comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Sektor pembinaan masih ragu keupayaan kerajaan laksana dasar

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Risiko dasar dijangka terus mempengaruhi prestasi sektor pembinaan, demikian kata penganalisis.

Penganalisis berkata, perhatian akan kekal tumpu kepada bagaimana kerajaan perpaduan mengendalikan kedudukan fiskal negara.

Penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim, berkata walaupun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berakhir, masih perlu dilihat bagaimana kerajaan perpaduan akan mengendalikan kedudukan fiskal.

Beliau berkata, status perbelanjaan pembangunan bernilai RM95 bilion yang dicadangkan sebelum PRU-15 sedang menunggu pembentangan semula Bajet 2023.

“Justeru, kita tidak boleh menolak kemungkinan kajian semula projek infrastruktur, terutamanya Transit Aliran Massa 3 (MRT3), yang boleh menyaksikan pengurangan dalam nilai kontrak.”Sementara itu, pemilik projek boleh menangguhkan keputusan pelaburan sehingga ada kejelasan dasar yang lebih baik daripada kerajaan,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Adam berkata, pihaknya akan membuat saranan terhadap syarikat pembinaan di bawah liputannya berdasarkan kemajuan kerja sama ada penangguhan mengambil tempoh lebih pendek atau lebih panjang, kejayaan atau kegagalan dalam mendapatkan tempahan baharu dan harga bahan mentah sama ada murah atau mahal.

Mengenai pertumbuhan pinjaman membabitkan sektor pembinaan, beliau berkata, pihaknya melihat bahawa kelulusan pinjaman untuk sektor itu merosot pertama kali dalam 15 bulan, selepas merosot -0.9 peratus tahun ke tahun dan -68.4 peratus sukuan tahun ke sukuan tahun pada Oktober.Katanya, pinjaman terjejas kasar (GIL) untuk sektor itu meningkat 57.3 peratus pada Oktober (September: +57.8 peratus), menunjukkan bahawa beberapa kontraktor terutamanya yang lebih kecil telah tidak dapat menahan cabaran dari segi harga bahan dan tenaga kerja.

“Secara kumulatif, GIL meningkat sebanyak 44 peratus dalam 10 bulan 2022,” katanya.Mengenai prestasi keputusan suku ketiga 2022 syarikat pembinaan di bawah liputan RHB Research, Adam berkata, prestasi adalah di bawah jangkaan, dengan enam syarikat tidak mencapai jangkaan, dua adalah sejajar dan dua mengatasi jangkaan.

Beliau berkata, pendapatan beberapa syarikat pembinaan meningkat pada suku ketiga 2022, tetapi kadarnya lebih perlahan daripada yang dijangkakan di tengah-tengah kekurangan tenaga kerja yang terus memberi kesan kepada kemajuan kerja di tapak pembinaan.

Katanya, paling memberi tekanan adalah harga bahan binaan yang tinggi terutamanya simen. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini