comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Sentimen pasaran serantau pulih, Bursa Malaysia ditutup tinggi

FOTO: Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal Isnin apabila ditutup meningkat susulan pemulihan sentimen pasaran serantau dan aktiviti belian saat-saat akhir ekuiti tempatan yang didahului oleh Maxis Bhd dan PPB Group Bhd, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 3.84 mata atau 0.26 peratus kepada 1,442.12, berbanding 1,438.28 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk utama pasaran itu dibuka 2.90 mata lebih tinggi pada 1,441.18 yang juga paras terendah harian dan bergerak mencecah paras tertinggi pada 1,442.66 dalam sesi pagi.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 441 berbanding 438 manakala 380 kaunter lain tidak berubah, 1,066 tidak diniagakan dan 18 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.79 bilion unit bernilai RM1.64 bilion daripada 2.39 bilion unit bernilai RM1.72 bilion pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Loading...
Terkini