comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

“Setiap stesen minyak wajar ada pengecasan EV”

(Dua dari kanan) Pengarah Projek, PMO EV, Tenaga Nasional Bhd (TNB) Ir. Mohd Junaizee Mohd Noor pada persidangan Siri 2 Invest Malaysia bertajuk ‘The Road to EV’.

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka lebih 18,000 terminal pengecasan kenderaan elektrik (EV) bakal beropersi di pasaran tempatan, menjelang 2030 bagi memenuhi permintaan 524,409 kenderaan elektrik bateri (BEV).

Terminal ini juga mampu menjana hasil elektrik tahunan mencecah RM1.25 bilion.

Pengarah Projek, PMO EV, TNB, Ir. Mohd Junaizee Mohd Noor berkata, ini juga berpotensi mengurangkan 4.4 juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).

“Pada pandangan saya, semua stesen minyak yang kita ada sekarang mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu pengecas (EV). Ini dapat memberi kelegaan kepada pemandu kenderaan EV kerana tahu terdapat tempat pengecas EV di setiap stesen minyak dalam perjalanan mereka,” katanya kepada pemberita apabila ditemui di persidangan Siri 2 Invest Malaysia bertajuk ‘The Road to EV’ di sini, hari ini.

Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan untuk meletakkan syarat pemasangan pengecas EV bagi semua lesen operasi bangunan baharu termasuk di pusat beli-belah dan hotel.

Pertumbuhan infrastruktur EV juga hendaklah seiring dengan jualan kenderaan EV sendiri untuk mencapai ekosistem EV yang mapan.

Untuk itu, perniagaan EV juga bukan satu bentuk saingan kepada syarikat lain, malah ia dilihat sebagai kerjasama untuk mempercepatkan adaptasi EV di Malaysia.

Loading...
Terkini