comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Shazalli Ramly dilantik jadi pengarah AirAsia X

Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd melantik Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai pengarah bukan eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata, Mohammed Shazalli, 62, sebelum ini adalah bekas Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd dari Disember 2020 hingga Disember 2022.

Beliau adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd (TM) dari April 2017 dan Jun 2018.

Sebelum itu, beliau adalah CEO serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat Axiata Group Bhd dari September 2016 hingga Mac 2017.

Mohammed Shazalli memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington, AS. – BERNAMA

Loading...
Terkini