comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Simpan resit untuk tuntut subsidi diesel jika belum dapat kad fleet

Loke (tengah) menyaksikan Darwis Abdul Razak (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU bersama Zainal Abidin (kiri) dan Chun Fai (kanan) dalam satu majlis di Kuala Lumpur, hari ini.- Foto: NSTP

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Pemohon Budi Madani yang layak diminta menyimpan resit penggunaan diesel mereka, walaupun belum mendapat kad fleet mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan satu mekanisme untuk tuntutan semula subsidi secara tunai — juga akan diumumkan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Mungkin dari segi permohonannya agak lambat, jadi dia tak dapat fleet card sebelum pengumuman ini. tetapi pihak kementerian kdpn telah menyatakan bahawa mereka tidak terjejas kalau mereka belum dapat fleet card itu, mereka simpan resit, Jadi resit yang mereka simpan itu , mereka bokeh dapat cash rebate balik.jadi akan ada mekanisme untuk kita refund subsidi itu kepada pengusaha-pengusaha tersebut.” kata beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pihak yang mendakwa pemohonan Budi Madani mereka masih belum diluluskan.

Beliau dalam satu sidang akhbar selepas saksi pemeteraian dua memorandum persefahaman oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

MRL menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), untuk menggunakan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi mengangkut kereta dan alat ganti Perodua di Serendah ke Pantai Timur bermual 2028.

Perodua juga akan menggunakan Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (Kuantan Port) untuk menghantar kereta ke Sabah dan Sarawak.

Ke arah itu, MRL turut memeterai MoU bersama Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (Kuantan Port), menandakan potensi kerjasama jangka panjang untuk perkhidmatan pengangkutan barang menerusi ECRL yang akan bermula menjelang Januari 2028.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini