comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Sistem PADU: 233,782 pengguna berjaya mendaftar

FOTO: Rafizi Ramli/Facebook

Oleh: Farah Nabilah Wazer

KUALA LUMPUR: Lebih 200,000 pengguna berjaya mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat jam 10 pagi tadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagi proses kenali pelanggan anda menerusi platform digital, e-KYC pula, bilangan pengguna yang telah selesai mendaftar melebihi 100 ribu orang.

71% pengguna pula selesai dengan pengesahan e-KYC.

Menerusi hantaran di laman X, beliau memaklumkan, terdapat lima isu berbangkit dikesan, antaranya kemasukan nombor kad pengenalan dan penukaran kata laluan.

Namun, pasukan PADU telah mengambil tindakan segera dan menyelesaikannya malam tadi.

Berhubung masalah proses e-KYC yang dihadapi pengguna, Rafizi berkata, kemas kini maklumat boleh dilaksanakan sejurus selepas daftar masuk tanpa perlu proses e-KYC.

Ini kerana e-KYC hanya dilaksanakan setelah kemas kini maklumat dan individu ingin membuat pengesahan serta perakuan penghantaran profil.

Selain itu, nombor telefon sama boleh digunakan untuk pendaftaran lima akaun lain bagi ahli isi rumah.

Tiga lagi isu, nombor telefon sama boleh digunakan untuk mendaftar berbilang akaun semasa mengisi butiran isi rumah setiap individu digalakkan mengisi bersama-sama isi rumah yang lain secara serentak.

Sementara bagi masalah medan data kosong selepas proses e-KYC, pengguna perlu memastikan setiap maklumat yang dikemaskini perlu disimpan pada setiap ruang.

Loading...
Terkini