comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Sistem PADU: Tak perlu tangguh, hanya perlu tambah baik – Penganalisis

 

Oleh: Farah Nabilah Wazer

PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi, Professor Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tiada keperluan untuk menangguhkan sistem padu sehingga beberapa masalah teknikal diselesaikan.

Ini kerana, ia boleh mengganggu kelancaran proses penyasaran subsidi yang disediakan kerajaan kelak.

Penganalisis ekonomi, Professor Ahmed Razman Abdul Latiff

“Kita tidak mahu hasrat kerajaan membantu rakyat dari segi subsidi bersasar ini terbantut kerana ia ditangguhkan.”

“Tetapi saya melihat sistem padu ini cukup mampan atau kukuh untuk diteruskan, cuma penambaikan itu perlu dari masa ke semasa.” katanya semasa dihubungi BULETIN TV3 sebentar tadi.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming, supaya kerajaan menangguhkan proses pendaftaran sistem PADU sehingga beberapa beberapa kecacatan keselamatan diperbetulkan.

Bagaimanapun beliau juga berharap isu berkaitan PADU dapat diselesaikan secepat mungkin.

Loading...
Terkini