comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Siti Hurrairah pengerusi wanita pertama Shell Malaysia

Siti Hurrairah Sulaiman. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia mengumumkan pelantikan Siti Hurrairah Sulaiman sebagai Pengerusi Negara berkuat kuasa 1 Januari 2023, wanita pertama yang memegang jawatan berkenaan di Malaysia.

Siti Hurrairah akan menggantikan Datuk Ivan Tan, yang akan memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif, Telaga, bagi Shell Group.

Tan akan berpangkalan di The Hague, Belanda sebaik saja memegang jawatan global berkenaan.Sebagai Pengerusi Negara Shell Malaysia, Siti Hurrairah akan memantau semua perniagaan Shell Malaysia, selain peranannya sebagai Naib Presiden Kanan bagi perniagaan huluan di negara ini.

Siti Hurrairah berasal dari Kuching, Sarawak dan memulakan kerjaya bersama Shell sebagai pemegang biasiswa.Beliau menamatkan pengajian dari Imperial College di London dengan ijazah sarjana muda kelas pertama dalam Kejuruteraan Mekanikal dan memulakan kerjaya sebagai jurutera operasi di Shell Malaysia Upstream.

Semasa awal kerjaya, Siti Hurrairah memainkan peranan dalam pembangunan, perancangan, komersial dan strategi di United Kingdom serta Malaysia.

Pada 2011, beliau dilantik sebagai Pengurus dan Pengarah Aset Malaysia wanita pertama Shell Petroleum Company Limited, bertanggungjawab bagi operasi minyak dan gas huluan Shell di Sabah.

Pada 2015, Siti Hurrairah berpindah ke London sebagai Pengurus Besar Operasi Komersial dalam perniagaan perdagangan dan bekalan Shell, di mana beliau bertanggungjawab terhadap perkhidmatan komersial global Shell Group.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden, Penerokaan Gas Bersepadu Timur, yang bertanggungjawab terhadap pelbagai portfolio Usaha Sama Shell di pelbagai negara di wilayah timur, sebelum memegang jawatan semasa sebagai Naib Presiden Operasi Aset Teknikal, yang menyelia organisasi global besar bagi menyokong aset serta unit operasi merentasi Shell Group.

Loading...
Terkini