comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Starlink pelengkap ekosistem tempatan untuk capai 100% liputan internet

Foto : NSTP

Oleh : Afrina Romzi

CYBERJAYA: Kehadiran syarikat jalur lebar milik Elon Musk, Starlink menjadi pelengkap dalam ekosistem internet di Malaysia untuk mencapai sasaran liputan 100 peratus di kawasan berpenduduk menjelang 2025, daripada 97 peratus ketika ini.

Ketua Pegawai Operasi, Measat Global Bhd, Yau Chyong Lim, berkata kebiasaannya, baki tiga hingga lima peratus adalah kawasan yang amat sukar untuk diberi liputan.

“Saya rasa kami boleh bekerjasama dalam aspek itu. Dari perspektif Measat, kami telah pun mewujudkan ekosistem. Kami amat tahu tentang pengedaran tempatan, rangkaian digital tempatan dan kami mempunyai pemasang kami sendiri.

“Saya fikir kerjasama dengan penyedia perkhidmatan lain termasuk Starlink, akan membawa teknologi terbaik di negara ini untuk memastikan manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada media selepas majlis Pelancaran Program Transformasi Usahawan hari ini.

Tambah beliau, Measat juga telah menlancarkan satelit baharu tahun lalu iaitu Measat-3d yang mempunyai kapasiti jalur lebar 30 Gbps, membolehkan satelit menyediakan kelajuan internet sehingga 100 Mbps untuk seluruh negara.

Mengenai Program Transformasi Usahawan (PTU), ia adalah sebahagian daripada KampungDigital365.com, satu inisiatif bersama oleh Measat dan Parcel365 Sdn Bhd yang bertujuan membuka peluang aktiviti e-Dagang untuk masyarkat luar bandar.

Pengasas Bersama dan Pengarah Parcel365, Eddie Mok Yew Keong, berkata PTU dapat membuka aliran pendapatan dan peluang pekerjaan menerusi sokongan logistik, pembangunan kemahiran dan sokongan infrastruktur yang dapat membantu mereka mengatasi halangan di perkampungan pedalaman.

“Untuk langkah permulaan, PTU akan menumpukan usaha dalam memperkasakan usahawan wanita melalui ekonomi digital, manakala fasa seterusnya akan disasarkan untuk golongan belia dan para petani,” katanya.

Inisiatif KampungDigital365.com dilaksana dengan perkhidmatan Hotspot WiFi jalur lebar satelit berkelajuan tinggi CONNECTme NOW oleh Measat, yang menyokong semua aplikasi digital dan perkhidmatan dalam talian termasuk urus niaga, komunikasi, latihan dan kegunaan lain.

Menjelang 2027, inisiatif KampungDigital365.com menyasarkan untuk menarik 3,000 kampung dan menjana 25 juta transaksi e-Dagang setiap tahun.

Loading...
Terkini