comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Syarikat korporat Malaysia catat prestasi positif pada suku pertama

KUALA LUMPUR: Pembinaan, tenaga, perkhidmatan kewangan, perindustrian, telekomunikasi dan media serta pengangkutan dan logistik muncul sektor yang mencatatkan jumlah pendapatan lebih baik pada suku pertama 2024 berbanding suku sebelumnya dan suku sama tahun lalu.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, hanya sektor perladangan yang mencatatkan peratusan pertumbuhan pendapatan berurutan dan tahunan negatif dalam tempoh Januari hingga Mac lalu.

Ia berkata, pada suku pertama 2024, pendapatan syarikat dalam senarai FBM KLCI 30 berada pada paras RM17.8 bilion dan ia mencatatkan pertumbuhan positif pada asas sukuan dan tahunan, masing-masing sebanyak 0.2 peratus dan 7.6 peratus.

Berdasarkan asas pelarasan, katanya, agregat pendapatan normalisasi meningkat dalam tempoh sukuan dan tahunan dengan masing-masing sebanyak 11.3 peratus dan 15.8 peratus kepada RM17.9 bilion.

“Dalam MIDFR Universe (syarikat dalam liputan MIDF Research), 16 peratus saham di bawah liputan melaporkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding jangkaan, sementara 15 peratus mencatatkan pendapatan yang lebih rendah daripada jangkaan berbanding 69 peratus yang dalam jangkaan.

“Perubahan harga sasaran membabitkan 55 pelarasan menaik dan tujuh pelarasan menurun. Tambahan pula, kami membuat 17 perubahan pada cadangan saham dengan 13 peningkatan dan empat penurunan penarafan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini