comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Syarikat minyak utama SKDS 2.0 sedia sejuta stok ‘fleet card’ – Armizan

PUTRAJAYA: Sebanyak sejuta stok ‘fleet card’ disediakan lima syarikat minyak utama yang terlibat dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubdisi 2.0 (SKDS 2.0) bagi memastikan bekalan kad tersebut sentiasa tersedia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan berkata ketersediaan kad itu akan dapat mempercepat proses permohonan 410,000 kenderaan daripada 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah SKDS 2.0.

“Kalau dulu di peringkat awal (SKDS), syarikat minyak beri komitmen bahawa pengeluaran ‘fleet card’ boleh dikeluarkan dalam tempoh antara empat dan enam minggu, tetapi kini ada (syarikat minyak) yang keluarkan dalam tempoh kurang tujuh hari.

“Ini akan memudahkan kelancaran proses (pengeluaran ‘fleet card’). Kita anggarkan 410,000 kenderaan akan dapat manfaat daripada SKDS.

“Insya-Allah dengan adanya pendekatan ini, kita yakin dari segi kawal selia SKDS 1.0 dan SKDS 2.0 akan dapat dilaksanakan sehabis baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka SKDS 2.0, di sini, hari ini.

Lima syarikat minyak utama yang terlibat dalam SKDS ialah Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.

Sehubungan itu, Armizan menyarankan semua syarikat sektor pengangkutan darat yang layak mendapatkan diesel subsidi di bawah SKDS 2.0 agar tidak menangguhkan permohonan bagi mendapatkan surat kelulusan SKDS 2.0 dan memohon ‘fleet card’ daripada syarikat minyak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini