comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Syarikat peringkat pertengahan Malaysia jangka jualan berkembang 15-20% pada 2023

Foto : hiasan

KUALA LUMPUR: Tiga puluh peratus daripada 93 peratus syarikat peringkat pertengahan (MME) di Malaysia menjangkakan jualan meningkat antara 15 hingga 20 peratus berdasarkan kepada tinjauan mengenai Akta Pengimbangan Perniagaan (BBA) dilakukan HSBC Bank Malaysia Bhd.

Sebanyak 25 peratus MME pula bersikap positif mengunjurkan jualan akan meningkat melebihi 20 peratus.

HSBC dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata keyakinan terhadap pertumbuhan jualan pada 2023 berpunca daripada dua pemangkin utama iaitu sebanyak 56 peratus MME menyatakan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu untuk perniagaan mereka adalah pemangkin kepada pertumbuhan jualan itu manakala 53 memberitahu bahawa kecekapan yang dipacu teknologi dalam operasi mereka merupakan pemacu pertumbuhan utama.

Selain itu, dua lagi pemacu utama adalah keupayaan untuk menarik pelaburan dan pembiayaan yang terjamin untuk perniagaan (50 peratus) dan peningkatan permintaan domestik (49 peratus).

“Mengenai ancaman utama kepada pertumbuhan perniagaan MME di Malaysia tahun depan, kebimbangan yang paling banyak yang dibangkitkan ialah inflasi dan kos sara hidup yang lebih tinggi (63 peratus), kenaikan kadar faedah (44 peratus) dan ketidaktentuan dalam persekitaran politik (43 peratus),” katanya.

Majoriti MME Malaysia (72 peratus) berkata keutamaan pelaburan mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang adalah untuk meningkatkan aliran tunai yang mencukupi dan pengurusan modal yang berkesan, mengutamakan pelaburan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan (68 peratus) serta pelaburan yang meningkatkan pengalaman pelanggan (66 peratus). -BERNAMA

Loading...
Terkini