comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Syarikat tersenarai awam perlu membuat pendedahan ESG bermula Disember

Majlis menandatangani Memorandum Kerjasama di antara Bursa Malaysia dengan UMW dan Maybank untuk Platform Kemampanan Berpusat di sini, hari ini.

Oleh Afrina Romzi 

KUALA LUMPUR: Syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia perlu membuat pendedahan alam sekitar. sosial dan tadbir urus (ESG) menerusi Platform Kemampanan Berpusat menjelang Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift, berkata untuk menilai platform itu, Program Early Adopter akan dijalankan pada April selama enam bulan dan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) dan Malayan Banking Bhd (Maybank) menjadi perintis.

“Cabaran sekarang adalah untuk belajar bersama UMW dan Maybank untuk menambah baik modul. Bagaimana untuk memenuhi keperluan produk yang kompleks apabila anda mempunyai banyak bekalan yang berbeza untuk membuat satu produk dan bagaimana ia memberi kesan kepada syarikat tersenarai awam.

“Hasil daripada kerjasama itu, akan ada sudut lain. Jadi kami juga sedang mencari syarikat perkhidmatan lain untuk setiap sektor yang ada dalam Bursa Malaysia. Kami akan mencari kerjasama untuk menambah baik platform ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) antara Bursa Malaysia dengan UMW dan Maybank untuk Platform Kemampanan Berpusat di sini, hari ini.

Platform itu akan membolehkan syarikat menggalakkan pengurusan berkesan bagi pelepasan karbon termasuk entiti bukan tersenarai.

Ia juga membantu bank membangunkan produk dan perkhidmatan pembiayaan hijau, yang akan memberi insenstif dan menggalakkan penyahkarbonan rantaian bekalan korporat.

Loading...
Terkini