comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Teknologi AI bukan pengganti pekerjaan

Foto hiasan

Oleh: Juliana Pija Ismail

PUTRAJAYA:Sejumlah 75 peratus responden optimis teknologi kecerdasan buatan(AI) membantu merumuskan idea untuk kerja masing-masing.

Manakala dua pertiga daripada tenaga kerja menggunakan AI generatif sehingga 20 peratus daripada aktiviti kerja tetap mereka.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata berdasarkan laporan ‘The Economic Impact of Generative AI:The Future of Work in Malaysia’, penggunaan teknologi AI akan mengalihkan tumpuan dalam sesetengah pekerjaan, namun tidak akan menggantikan pekerjaan.

“Mereka yang boleh memanfaatkan teknologi dengan berkesan akan mendapat kelebihan dan ini akan berlaku merentas perniagaan dan tempat kerja di seluruh dunia. Kita sepatutnya belajar lebih lanjut mengenainya dan meningkatkan kemahiran diri supaya kita boleh mengharungi gelombang perubahan dan mendapat manfaat daripadanya” katanya pada pelancaran laporan berkenaan disini hari ini.

Katanya, majikan perlu menyokong tenaga kerja mereka dalam peralihan dengan menyediakan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu dan memanfaatkan teknologi transformatif itu.

Selaras dengan strategi Ekonomi MADANI, keterangkuman adalah perlu untuk memastikan ekonomi digital dapat dipertingkatkan merangkumi semua lapisan masyarakat.

Ini memerlukan usaha bersepadu usaha daripada sektor awam dan swasta serta pemilikan dan rakyat untuk mengurangkan jurang digital dan memanfaatkan potensi teknologi baharu seperti AI generatif.

AI generatif merujuk kepada subset teknik dan teknologi AI yang direka untuk menjana kandungan atau data baharu.

Baca juga: AI Generatif berpotensi membuka kapasiti produktif bernilai RM529 bilion

Loading...
Terkini