comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Cadangan cagar simpanan untuk pinjaman, KWSP sedang perincikan kaedah terbaik

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai sokongan untuk membuat pinjaman peribadi daripada sistem perbankan bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.

Pada masa ini, KWSP sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan ini dan akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang.

Loading...
Terkini