comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Terma perdagangan Malaysia catat pertumbuhan positif pada September

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Terma perdagangan Malaysia merekodkan pertumbuhan positif pada September 2022 dengan meningkat satu peratus bulan ke bulan kepada 113.0 mata dan 6.8 peratus tahun ke tahun daripada 105.9 mata bagi tempoh sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporan Indeks Perdagangan Luar Negara September 2022, jabatan itu berkata perkembangan itu didorong oleh kenaikan indeks minyak galian (7.6 peratus), bahan kimia (0.4 peratus) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.2 peratus).

Indeks nilai seunit eksport dan import juga mencatat aliran meningkat, masing-masing menokok satu peratus dan 0.03 peratus bulan ke bulan.

“Peningkatan indeks nilai seunit eksport itu disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian (6.6 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.1 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (0.2 peratus).

“Indeks volum eksport turut meningkat 1.1 peratus yang disumbangkan oleh peningkatan indeks minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (13.5 pratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (9.2 peratus) dan bahan kimia (2.5 peratus),” katanya.

Selain itu, indeks volum eksport pelarasan bermusim turun 4.9 peratus pada September 2022 daripada 188.7 mata kepada 179.5 mata.

Jabatan Perangkaan berkata, indeks nilai seunit import menunjukkan peningkatan marginal sebanyak 0.03 peratus pada September 2022 berbanding bulan sebelumnya yang didorong oleh kenaikan indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (1 peratus), pelbagai barang keluaran kilang (0.3 peratus) dan makanan (0.04 peratus). – BERNAMA

Loading...
Terkini