comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Tindakan Goldman Sachs ‘pramatang’ – Johari Ghani

KUALA LUMPUR:Tindakan Goldman Sachs memulakan prosiding timbang tara terhadap kerajaan Malaysia berhubung penyelesaian 1MDB adalah disifatkan “pramatang”.

Menurut Pengerusi Pasukan Petugas ONE Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, tindakan itu juga dibuat tanpa pertimbangan sewajarnya terhadap prasyarat yang diperlukan.

Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Johari bagaimanapun menjelaskan, berdasarkan peristiwa baru-baru ini, kerajaan akan bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap perkara ini.

Ini selain memastikan proses dilaksanakan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan sambil memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara

Datuk Seri Johari turut mengecam tindakan Goldman Sachs yang disifatkannya sebagai “percubaan untuk mengurang dan mengalihkan perhatian” daripada kewajipannya membuat pembayaran interim kepada kerajaan sebanyak AS$250 juta Amerika mengikut perjanjian yang dimeterai.

Semalam, Reuters melaporkan bank pelaburan itu mengambil “langkah luar biasa” memulakan prosiding timbang tara “di tengah-tengah penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya dalam skandal 1MDB.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini