comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

TM Dalam Rundingan Akhir Untuk Lancar Rangkaian 5G

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam rundingan akhir untuk memuktamadkan perjanjian ekuiti rangkaian 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB) sebelum 31 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, ia turut membabitkan pemeteraian perjanjian akses dari segi pembelian kapasiti sebelum melancarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada orang ramai.

“Sesuatu yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara amnya, pelancaran 5G itu sendiri. Sebelum itu kami perlu memuktamadkan pengaturan komersial untuk perjanjian borong antara TM dan DNB dari segi pembelian kapasiti. Kami berada dalam rundingan akhir perjanjian borong itu, perjanjian akses,” katanya semasa taklimat media pengumuman keputusan kewangan suku kedua 2022 TM.

Tambah beliau, TM juga adalah rakan kongsi DNB yang menyediakan perkhidmatan pajakan gentian untuk menara 5G.

Projek pajakan gentian itu sedang berkembang dengan baik dan dijangka meningkat separuh kedua tahun ini.

Sebelum ini, kerajaan kekal dengan tarikh akhir pada 30 Jun lalu untuk syarikat telco menandatangani perjanjian akses 5G DNB, namun dilanjutkan lagi kepada 31 Ogos 2022.

Loading...
Terkini