comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Top Glove catat kerugian lebih besar RM454.01 juta

Top Glove. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) merekodkan kerugian bersih sebanyak RM454.01 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2023, 88.46 peratus lebih besar berbanding kerugian bersih RM52.39 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Kerugian bersih yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh rosot nilai yang tinggi yang mana jika tanpa rosot nilai berkenaan, kumpulan berkenaan merekodkan kerugian bersih sebanyak RM65 juta pada suku dikaji.

Pendapatannya bagi suku dikaji adalah RM475.87 juta, merosot hampir 52 peratus berbanding RM989.94 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Bagi prestasi penuh tahun kewangan 2023, kumpulan mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.26 bilion dan kerugian bersih sebanyak RM887 juta. Tanpa rosot nilai berkenaan, kerugian bersihnya adalah RM498 juta.

Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan, berkata prestasi kumpulan dalam suku keempat 2023 adalah mengalakkan memandangkan persekitaran yang tidak menentu, yang terus memberi kesan terhadap industri sarung tangan.

“Ini terutamanya adalah hasil daripada pelan pemulihan kami dan akan terus meneruskan strategi yang telah ditetapkan untuk mencapai semula kedudukan kami dan mempercepatkan pemulihan.

“Memandang ke hadapan, kami percaya bahawa inventori yang disimpan daripada masa pandemik hampir berada di tahap penghabisan, seiring dengan permintaan sarung tangan yang lebih rendah sejak dua tahun lalu.

“Sebaliknya, penggunaan sarung tangan telah meningkat pasca pandemik, berikutan tahap kebersihan dan kesedaran kesihatan yang makin meningkat. Dengan ini, kami percaya bahawa permintaan sarung tangan akan meningkat secara beransur-ansur pada masa hadapan”, katanya

Cheong Guan berkata, pada suku tahun akan datang, tumpuan kumpulan adalah untuk meningkatkan prestasi perniagaan teras sarung tangannya, terutamanya melalui inisiatif peningkatan kualiti dan pengurangan kos serta berinovasi, untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

Loading...
Terkini