comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

UEM Sunrise terbit nota jangka sederhana Islam RM350 juta

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd selesai menerbitkan nota jangka sederhana Islam (IMTN) bernilai RM350 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata IMTN itu diterbitkan dalam dua tranche.

“Tranche pertama RM200 juta mempunyai tempoh lima tahun dan akan matang pada 29 Sept, 2028, manakala tranche kedua RM150 juta mempunyai tempoh tujuh tahun dan akan matang pada 27 Sept, 2030,” katanya.

Dengan program kertas komersial Islam itu, syarikat mempunyai had agregat gabungan sehingga RM4.0 bilion dalam nilai nominal, berasaskan prinsip syariah Murabahah (melalui Tawarruq).

Hasil daripada IMTN baharu itu akan dimanfaatkan untuk tujuan korporat am patuh syariah UEM Sunrise dan anak-anak syarikatnya.

“Ia termasuk pembelian simpanan tanah baharu, pengambilalihan syarikat, pelaburan (termasuk suntikan modal ke dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan usaha sama kami), kos pembangunan projek dan kos infrastruktur.

“Ia juga akan digunakan untuk perbelanjaan modal, perbelanjaan am, dan pembiayaan semula pembiayaan Islam dan kemudahan pinjaman terkumpul,” kata UEM Sunrise. — BERNAMA

Loading...
Terkini