comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Unit amanah dikecualikan Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Pendapatan Sumber Asing

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Oleh: Afrina Romzi 

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengecualikan Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Pendapatan Sumber Asing (FSI) terhadap unit amanah.

Pengecualian CGT berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2028, manakala FSI berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata keputusan ini dibuat bagi memastikan rakyat akan terus mendapat manfaat sepenuhnya daripada keuntungan mereka, dan melabur untuk masa depan.

“Melalui pelbagai penglibatan kami dalam perkara ini, menjadi perhatian kami bahawa bidang yang terkesan oleh CGT ialah unit amanah dengan lebih 90 peratus pemegang unit amamah adalah individu,” kata beliau pada pelancaran Bursa Malaysia sebagai bursa pelbagai aset dan logo baharu Bursa Malaysia hari ini.

Kerajaan memperkenalkan CGT dalam Belanjawan 2024 selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dan untuk mengembangkan asas cukai.

Skop untuk CGT tertumpu kepada keuntungan daripada pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat. Pelupusan saham tersenarai dan pelupusan oleh individu tidak tertakluk kepada CGT.

Loading...
Terkini