comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Untung bersih Pharmaniaga naik kepada RM1.96 juta pada suku kedua 

Foto : NSTP

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Pharmaniaga Bhd pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 naik kepada RM1.96 juta daripada RM722,000 dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata perolehan turut meningkat 11.5 peratus kepada RM848.73 juta daripada RM761.10 juta sebelum ini, didorong oleh jualan yang tinggi dalam segmen bukan konsesi dan operasi di Indonesia pada suku kedua.

Menurut Pharmaniaga, pada separuh pertama tahun kewangan 2023, bahagian Indonesianya mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBT) yang lebih tinggi sebanyak RM5.3 juta pada tahun kewangan tersebut, naik daripada RM3.6 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.

“Kecekapan operasi kumpulan dipertingkatkan lagi melalui pengoptimuman stok yang berterusan dan kutipan pembayaran yang agresif,” katanya.

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu berkata ia telah melaksanakan strategi penentukuran semula perniagaan dengan teliti, menggalakkan daya tahan dan pelarasan untuk berjaya keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

“Sebagai sebahagian daripada strategi pemulihan kewangannya, kumpulan menyediakan Pelan Penyelarasan yang komprehensif, yang diperlukan oleh penyenaraian pasaran utama Bursa Malaysia.

Menurut Pharmaniaga, pelan itu akan dikemukakan pada suku ketiga tahun kewangan 2023 dan inisiatif ini dijangka akan dimuktamadkan pada suku pertama tahun kewangan 2024.

Katanya kumpulan akan mengambil tindakan dengan melaksanakan inisiatif disiplin fiskal yang ketat dalam operasi dan pelaburannya sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya yang komprehensif.

Bagi memenuhi permintaan yang meningkat dalam industri biofarmaseutikal, katanya ia dalam sasaran untuk kilang pembuatan vaksin dan insulin halal pertama di dunia, masing-masing dijangka siap pada 2024 dan 2025.

— BERNAMA

Loading...
Terkini