comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Untung bersih tahun kewangan 2022 UOA merosot kepada RM219.94 juta

UOA Development Bhd

KUALA LUMPUR:Keuntungan bersih UOA Development Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 merosot kepada RM219.4 juta daripada RM224.45 juta sebelum ini.

Pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan berkurangan kepada RM451.65 juta daripada RM547.48 juta sebelum ini.

Menurutnya keuntungan bersih pada suku keempat berakhir 31 Dis 2022 menyusut kepada RM53.06 juta daripada RM98.86 juta manakala perolehan merosot kepada RM112.52 juta daripada RM136.45 juta sebelum ini.

“Perolehan dan keuntungan kasar yang rendah berlaku terutamanya disebabkan pengiktirafan progresif lebih rendah daripada projek-projek pembangunan yang sedang dijalankan,” katanya.

UOA berkata jumlah jualan hartanah baharu untuk tempoh berakhir 31 Dis 2022 dianggarkan kira-kira RM638.2 juta dan diperoleh terutamanya daripada Laurel Residence, The Goodwood Residence dan United Point Residence.

“Jumlah jualan belum dibayar penuh setakat 31 Dis 2022 berjumlah kira-kira RM203.4 juta.

“Oleh itu, kumpulan akan terus mencari tanah pembangunan strategik yang dapat mencapai objektifnya,” katanya.

UOA turut mencadangkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 10 sen setiap saham biasa, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham.

Loading...
Terkini