comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Wall Street ditutup lemah awal pagi tadi

Foto: NSTP

NEW YORK: Saham Wall Street ditutup rendah awal pagi tadi susulan kurang memberangsangkan Rizab Persekutuan.

Dow Jones turun 0.02 peratus kepada 33,546.32, S&P 500 susut 0.31 peratus kepada 3,946.56 manakala Nasdaq susut 0.35 peratus kepada 11,144.96.

Sementara itu, syarikat-syarikat China tersenarai di Amerika Syarikat didagangkan lebih tinggidengan lapan daripada 10 saham teratas mengikut wajaran dalam indeks S&P mengakhiri dagangan dengan nota optimis.

Saham Alibaba Group Holding dan JD.com masing-masing melonjak 7.8 peratus dan 7.53 peratus, mendahului syarikat untung dalam 10 saham teratas.

Saham BeiGene dan NetEase masing-masing susut 2.53 peratus dan 0.46 peratus, satu-satunya dua penurunan dalam 10 saham teratas.

Indeks Volatiliti Cboe, yang dianggap sebagai pengukur terbaik dalam pasaran saham, susut 0.75 peratus kepada 23.93. – BERNAMA

Loading...
Terkini