comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Waran berstruktur semakin mendapat perhatian pelabur runcit 

Foto Hiasan

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Waran berstruktur terbukti sebagai menjadi instrumen pelaburan yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelabur runcit tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata – lebih 24,000 pelabur runcit dengan nilai dagangan RM13.83 bilion direkodkan melalui waran berstruktur tahun 2022.

“Kami sedang berusaha ke arah liberalisasi dalam beberapa aspek termasuk menurunkan keperluan permodalan pasaran untuk saham pendasar, kemasukan Dana Dagangan Bursa (ETF) sebagai instrumen pendasar yang diluluskan untuk waran berstruktur serta tempoh minimum waran berstruktur berasaskan indeks yang dipendekkan kepada 3 bulan.” katanya dalam ucapan sempena majlis penyenaraian waran berstruktur permulaan Affin Hwang Investment Bank.

Terdapat, 1,447 penyenaraian waran berstruktur baharu diterbitkan pada 2022, menghampiri paras tertinggi.

Pada tahun 2020 pula, lebih 90,000 akaun berdagang waran berstruktur direkodkan.

Ia dipacu minat dagangan khususnya dalam sektor sarung tahun, penjagaan kesihatan dan teknologi.

Loading...
Terkini