comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Weststar Group ambil alih baki 21 peratus kepentingan daripada firma global, KKR

Weststar Group

KUALA LUMPUR: Weststar Group telah mengambil alih baki 21 peratus kepentingan dalam Weststar Aviation Services Sdn Bhd daripada dana diuruskan firma pelaburan global Amerika, KKR yang membeli 40 peratus kepentingan dalam Weststar Aviation pada 2013.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata susulan selesainya transaksi itu, Weststar Group kini muncul sebagai pemegang saham tunggal Weststar Aviation yang juga penyedia perkhidmatan pengangkutan helikopter luar pesisir.

Di bawah kepimpinan Pengerusi dan Pengasasnya, Tan Sri Syed Azman Ibrahim, Weststar Aviation berjaya mengembangkan skala helikopternya kepada 34 buah, sekali gus menjadikannya pengendali helikopter terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara dari segi jumlah saiz pesawat.

“Weststar Aviation turut menembusi pasaran baharu seperti Afrika, Vietnam dan Timur Tengah selain menambah kawasan perkhidmatan baharu dalam sektor awam dan tenaga lestari,” katanya.

Selain itu, Weststar Aviation juga berada dalam kedudukan baik untuk meneruskan pertumbuhan serta pengembangan dalam pasaran baharu termasuk sektor tenaga lestari dan awam, kata kenyataan itu.

“Misalnya pada 2022, syarikat tersebut telah menyokong Tentera Udara Diraja Malaysia menerusi model pertama seumpamanya iaitu ‘kendalian kerajaan, dimiliki dan diselenggara oleh kontraktor’ membabitkan penggunaan empat unit helikopter AW 139 Weststar Aviation dan profesional penerbangan dengan penyampaian kebolehkhidmatan sebanyak 90 peratus,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini