comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

Urus niaga hartanah catat pertumbuhan tinggi di sebalik kenaikan OPR

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim. – FOTO: NSTP

KAJANG: Pasaran harta tanah terus mencatatkan pertumbuhan pada 2022 dengan lebih 389,000 transaksi bernilai RM179.07 bilion direkodkan, meningkat 29.5 peratus di dalam bilangan dan 23.6 peratus di dalam nilai berbanding tahun sebelumnya.

Ia di sebalik beberapa siri kenaikan kadar dasar semalam (OPR) yang menjadi penanda aras pinjaman oleh Bank Negara Malaysia pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, berkata subsektor kediaman menerajui keseluruhan aktiviti pasaran harta tanah dengan sumbangan 62.5 peratus dalam bilangan.

Katanya, terdapat 243,190 transaksi bernilai RM94.28 bilion direkodkan dalam tempoh kajian, peningkatan pada 22.3 peratus di dalam bilangan dan 22.6 peratus dalam nilai bagi tahun ke tahun.

“Peningkatan itu disokong oleh aliran menaik yang direkodkan di Pulau Pinang (31.1 peratus), Johor (24.3 peratus), Perak (18.9 peratus), Kuala Lumpur (18.4 peratus) dan Selangor (15.9 peratus),” katanya pada Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2022.

Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Sr Abdul Razak Yusak. — BERITA HARIAN

Loading...
Terkini