comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Puteri Sarah beraya dengan mentua


KUALA LUMPUR: Perkongsian beberapa foto sambutan Aidilfitri pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, dan dua anaknya bersama mentua, Datuk Yusof Haslam Datin Patimah Ismail di kediaman penerbit filem itu cukup menarik perhatian netizen.

Menggayakan tema warna hijau sedondon dengan anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, rata-rata netizen gembira melihat keakraban Puteri Sarah dan mentuanya yang rapat umpama anak kandung.

Semakan di ruangan komen mendapati kebanyakan netizen memang memberikan sokongan positif dan semangat kepada Puteri Sarah, termasuk terharu dan sebak dengan hubungan rapat dengan ibu bapa mentua.

Mereka sekeluarga juga akan bercuti ke Pulau Pinang esok. Difahamkan, mereka turut disertai Puteri Sarah dan dua anaknya.

Loading...
Terkini