Tumpuan :
Dunia

10 bayi terbunuh dalam kebakaran hospital di utara India

FOTO: Ihsan India Today

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 bayi maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di negeri Uttar Pradesh, utara India, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pegawai pada Sabtu.

Kebakaran itu berlaku di Unit Rawatan Rapi Neonatal Kolej Perubatan Jhansi di daerah Jhansi negeri tersebut lewat malam Jumaat.

Pegawai Kesihatan, Sachin Mahor, memaklumkan kepada wartawan bahawa lebih 50 bayi dirawat di unit berkenaan, dengan 10 daripadanya disahkan meninggal dunia. Beliau berkata bayi lain berjaya diselamatkan.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, menyatakan pihak pentadbiran dan pegawai telah diarahkan untuk melaksanakan operasi bantuan dan menyelamat dengan segera.

Rakaman televisyen menunjukkan saudara-mara yang bersedih meratapi kehilangan bayi mereka di hospital tersebut.

Timbalan Ketua Menteri, Brajesh Pathak, memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini