comscore
Tumpuan :
Dunia

10 cedera dalam tembakan rambang, suspek bunuh diri

FOTO: Reuters

DETROIT: Sekurang-kurangnya 10 cedera termasuk kanak-kanak susulan insiden tembakan rambang di taman tema air Rochester Hills berhampiran Detroit.

Menurut pihak berkuasa suspek melarikan diri selepas kejadian, namun terperangkap dalam sebuah rumah berhampiran lokasi itu.

Bagaimanapun menurut Syerif Oakland, suspek kemudiannya dipercayai membunuh diri.

Hasil siasatan awal mendapati suspek tiada kaitan dengan Rochester Hills mahupun sebarang rekod pertalian hubungan.

Ia sekaligus menyukarkan siasatan bagi mengenalpasti motif sebenar tindakan suspek.

Justeru, orang ramai yang mengenali suspek diminta tampil memberi keterangan.

Untuk rekod, komuniti jiran Oxford Township di Oakland County, pernah digemparkan dengan kejadian tembakan sekolah besar-besaran 2021.

Ketika itu, seorang pelajar ethan crumbley, 15 tahun, membunuh empat pelajar dan mencederakan enam pelajar lain dan seorang guru di Oxford High School.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini