comscore
Tumpuan :
Dunia

10 maut dalam serangan bersenjata di perlumbaan kereta di Mexico

Foto: Reuters

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam serangan bersenjata yang berlaku semasa perlumbaan kereta di Baja California, Mexico, lapor Sputnik memetik akhbar Milenio.

Dalam kejadian pada Sabtu itu Individu bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan peserta perlumbaan kereta di Ensenada, Baja California, menyebabkan sekurang-kurangnya sepuluh maut dan sembilan cedera, kata akhbar itu memetik pihak berkuasa tempatan.

Serangan itu dilaporkan berlaku di hadapan sebuah kedai serbaneka, tempat pemandu perlumbaan meletakkan kereta mereka.

Sebuah van kelabu memandu ke kedai itu dan individu tidak dikenali melepaskan tembakan daripada kenderaan.

Siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini