BRASILIA: 10 maut selepas pesawat ringan dinaiki terhempas di Brazil.
Juruterbang pesawat itu membawa sembilan penumpang yang merupakan keluarganya untuk bercuti ke Gramado.
Ketika kejadian, pesawat terbabit melanggar cerobong bangunan sebelum merempuh tingkat dua sebuah kedai perabot.
Menurut pihak berkuasa, kesemua penumpang dan juruterbang pesawat berkenaan disabkan meninggal dunia.
Nahas pesawat itu turut mengakibatkan 17 mangsa yang berada berhampiran lokasi kejadian mengalami kecederaan.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.