Tumpuan :
Dunia

10 penduduk Palestin maut dalam serangan udara Israel

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Serangan udara Israel semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin di Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Serangan ini disasarkan kepada kumpulan bersenjata, menurut pihak tentera Israel.

Serangan udara tersebut berlaku di kawasan Tubas, di utara Tebing Barat, menurut Palang Merah Palestin.

Keganasan di Tebing Barat telah meningkat sejak permulaan perang di Gaza. Ratusan rakyat Palestin telah terbunuh manakala ribuan lagi telah ditangkap oleh rejim Israel.

Serangan oleh rakyat Palestin di Tebing Barat dan Israel juga telah mengorbankan puluhan penduduk Israel.

Israel telah meningkatkan operasi di Tebing Barat sejak gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Januari lalu. REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini