comscore
Tumpuan :
Dunia

109 suspek penipuan dalam talian dipindahkan ke China

FOTO: CCTV

BEIJING: Seramai 109 suspek, termasuk 11 pelarian yang terlibat dalam penipuan dalam talian telah dipindahkan dari Myanmar dan diserahkan kepada pihak berkuasa China pada Sabtu, menurut Kementerian Keselamatan Awam China pada Ahad.

Pemindahan suspek itu adalah sebahagian daripada kerjasama penguatkuasaan undang-undang rentas sempadan antara China dan Myanmar yang menyasarkan kes penipuan dalam talian.

China sebelum ini telah menerima 1,482 suspek, termasuk 58 pelarian, yang ditahan di luar negara, lapor Xinhua.

Polis China, khususnya pihak berkuasa keselamatan awam di bandar Pu’er di barat daya Wilayah Yunnan China, telah meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang di Myanmar untuk menangani aktiviti berkenaan yang setakat ini membuahkan hasil yang luar biasa.

Pada masa ini, Kementerian Keselamatan Awam telah mengarahkan jabatan polis tempatan yang berkaitan untuk menerima suspek dan memulakan siasatan terhadap kes itu bagi mengenal pasti hubungan aktiviti jenayah mereka selain memberi tekanan tinggi terhadap jenayah berkaitan. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini