comscore
Tumpuan :
Dunia

110,000 penduduk meninggalkan Rafah

FOTO: Reuters

GAZA: Kira-kira 110,000 penduduk Palestin telah meninggalkan Rafah ketika Israel terus mempergiat usaha membedil wilayah itu.

Menurut kenyataan tentera rejim, operasi termasuk serangan hendap dilancarkan di kawasan tertentu di timur rafah dan dipergiat dalam tempoh 24 jam lalu.

Keadaan yang semakin buruk memaksa pesakit dan kakitangan hospital meninggalkan lokasi mereka dan tiada rawatan dapat diberikan kepada mangsa yang memerlukan perhatian.

Selain selatan Gaza, tentera rejim turut menyasarkan 40 kawasan di wilayah tengah dan utara Gaza.

Sasaran termasuk Kem Pelarian Jabalia yang meragut sejumlah nyawa penduduk termasuk kanak-kanak.

Perpindahan penduduk dari Rafah ke wilayah tengah Gaza, menjadikan wilayah itu semakin sesak dengan tahap bekalan keperluan asas termasuk makanan dan air kini berada pada tahap kritikal. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini