Tumpuan :
Dunia

12 cedera, beberapa kanak-kanak hilang selepas empangan pecah di Colombia

Salah satu empangan di Colombia. FOTO: Reuters

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat, lapor Xinhua memetik Pertahanan Awam Colombia.

“Terdapat pergerakan tanah yang menyekat aliran sungai Aguas Claritas, menyebabkan aliran air yang deras menghanyutkan rumah-rumah di kawasan itu,” kata pengarah Pertahanan Awam Cauca, Mejar Juan Carlos Sandoval.

Usaha mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan Micay Canyon perbandaran El Tambo terhalang akibat kejadian tanah runtuh, menurut Sandoval.

Antara yang cedera termasuk bapa kepada kanak-kanak yang hilang.

Pengarah Unit Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan, Carlos Carrillo mengumumkan rancangan untuk menubuhkan Pos Komando Bersatu di Popayan bagi menyelaras usaha mencari mangsa hilang, dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan penduduk yang terjejas.

— BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini